Thursday, March 8, 2007

BAHAGIAN ASAS ENGIN 4 LEJANG


Rod penghubung akan menolak dan menarik piston semasa proses pembakaran berlaku.

Asas utama engin ialah silinder, piston yang bergerak atas dan bawah dalam sesebuah silender engine. Engin yang dimaksudkan ialah engin satu silinder. Tetapi bagi kereta, ia mempunyai lebih dari satu silinder (empat, enam, lapan dan sepuluh, itu merupakan kebiasaan bagi sesebuah kereta). Bagi engin yang mempunyai selinder pelbagai, biasanya silinder diletakkan dalam salah satu dari tiga keadaan, iaitu sebaris, V silender atau mendatar (juga dikenali sebagai kedudukan horizontal)



Figure 1 Inline - The cylinders are arranged in a line in a single bank.



Figure 2 V - The cylinders are arranged in two banks set at an angle to one another.


Figure 3 Flat - The cylinders are arranged in two banks on opposite sides of the engine.

Perbezaan pergerakkan omboh akan menghasilkan kelebihan dan kekurangan terhadap engin tersebut dari segi kelancaran pergerakan engin, kos pengeluaran serta reka bentuk engin.Kelebihan dan kekurangan ini menyebabkan engin tersebut sesuai untuk kenderaan yang tertentu sahaja.


BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM ENGIN

1. Palam pencucuh
Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.
2. Valve (injap)
Injap masukan akan terbuka semasa capuran minyak dan udara masuk kerunag pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.
3. Piston
Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkahg engin.

4. Piston ring
Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder. Fungsi ring ialah :

4.1. Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku.
4.2. Mengelakkan kemasukan minyak engin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyebabkan minyak engin tersebut berkurang. Kebanyakkan kereta minyak engin tersebut akan berkurangan dan perlu ditambah setiap 1000 kilometer, kerana engin kereta tersebut talah lama dan piston ring tidak dapat menutup dengan sempurna.

5. Rod penghubung.
Rod penghubung akan menyambungkan antara rod dengan aci engkol. Pergerakkan aci engkol akan menyebabkan piston bergerak ke atas dan kebawah.

6. Aci engkol
Aci engkol akan menggerakkan piston ke atas dan ke bawah dalam gerakan yang sekata.
7. Pengaut

Pengaut berada di bahagian paling bawah engin. Ia akan mengaut minyak engin yang berada dalam takungan minyak, serta membasahkan seluruh bahagian aci engkol, rod penghubung serta piston. Minyak ini akan mengurangkan geseran serta dapat memanjangkan jangka hayat bahagian-bahagian engin tersebut.